BLOG MEMBAWA BANYAK MANFAAT
DALAM PROSES PENGAJARAN.
DAPATAN KAJIAN
Penggunaan media blog amat memberi kesan yang positif serta membanggakan. Rata-rata kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji yang saya baca dalam beberapa jurnal, penggunaan blog menghasilkan keputusan yang positif.
Antara dapatan kajian yang saya peroleh ialah kajian terhadap
penulis puisi. Jurnal yang bertajuk Pengaruh Media Blog ( Jurnal Online )
terhadap penulis puisi di kalangan siswa Fakulti Bahasa , Medan telah mendapati
kemampuan menulis puisi dengan pengaruh media blog lebih efektif berbanding
siswa yang menulis puisi tanpa menggunakan media blog.
Selain itu, berdasarkan kajian bertajuk “ Pembelajaran
Kolaboratif Menggunakan Blog dalam pelaksanaan Pembelajaran Ekonomi Asas yang
ditulis oleh Yusliza Baharin dan Farah
Dina Yusof dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah membuktikan bahawa
terdapat beberapa kebaikan penggunaan blog yang mampu membantu pelajar-pelajar
dan para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam
subjek Ekonomi Asas. Dalam tinjauan literature tersebut, mereka mendapati
penggunaan blog dapat meningkatkan kefahaman murid, maklum balas yang cepat dapat mengatasi
masalah kekangan masa dan media blog dapat menghubungkan para guru dengan
guru-guru pakar.