Friday 5 December 2014

Kebaikan Blog

BLOG MEMBAWA BANYAK MANFAAT 
DALAM PROSES PENGAJARAN.

DAPATAN KAJIAN
Penggunaan media blog amat memberi kesan yang positif serta membanggakan. Rata-rata kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji yang saya baca dalam beberapa jurnal, penggunaan blog menghasilkan keputusan yang positif.
Antara dapatan kajian yang saya peroleh ialah kajian terhadap penulis puisi. Jurnal yang bertajuk Pengaruh Media Blog ( Jurnal Online ) terhadap penulis puisi di kalangan siswa Fakulti Bahasa , Medan telah mendapati kemampuan menulis puisi dengan pengaruh media blog lebih efektif berbanding siswa yang menulis puisi tanpa menggunakan media blog.
Selain itu, berdasarkan kajian bertajuk “ Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Blog dalam pelaksanaan Pembelajaran Ekonomi Asas yang ditulis oleh Yusliza Baharin dan  Farah Dina Yusof dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah membuktikan bahawa terdapat beberapa kebaikan penggunaan blog yang mampu membantu pelajar-pelajar dan para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Ekonomi Asas. Dalam tinjauan literature tersebut, mereka mendapati penggunaan blog dapat meningkatkan kefahaman murid,  maklum balas yang cepat dapat mengatasi masalah kekangan masa dan media blog dapat menghubungkan para guru dengan guru-guru pakar.

Tuesday 2 December 2014

Bahasa Jiwa Bangsa.







  • Salam Muhibah....
  • Salam perkenalan...
  • Salam 1 Malaysia.....



Ayuh memartabatkan bahasa kita.
Bahasa mencerminkan peribadi kita.

Kebaikan Blog

PENGENALAN

Blog merupakan satu laman sesawang yang mampu serta mempunyai potensi untuk meningkatkan pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajara-pelajar sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Blog juga boleh ditakrifkan sebagai satu jenis media berkait dengan internet. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu sarana yang menjadi wadah untuk individu menulis, menyampaikan sesuatu serta mengekspresikan apa yang ingin disampaikan secara bebas. Menurut Sukiman ( 2012 : 240 ) blog atau webblog adalah teks dokumen, gambar, objek, media dan data, yang tersusun secara hierarkis dan menurut kronologi tertentu yang dapat dilihat melalui browser internet sahaja.



Kenapa Blog membantu menarik minat murid dalam P&P...

1. Menarik minat murid kerana Blog terdapat pelbagai pengisian seperti imej yang berinovasi, video,variasi paparan dan sebagainya.

2. Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid kerana paparan blog memberi pengalaman yang bermakna kepada murid-murid.

3. Penggunaan Blog membolehkan penyampaian isi pelajaran lebih berkesan dan lebih bermakna.

4. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan Blog dapat memperkayakan pengalaman anak didik.
5. Membantu guru menyelesaikan masalah pembelajaran.